Ahlan Wa Sahlan

Jumlah Tetamu

Ahad, 28 Februari 2010

KURSUS HAJI DI MASJID BANDAR KLUANG

Kursus Haji Bersiri 2010 Daerah Kluang Telah Pun Bermula.Majlis Perasmian Kursus Telah Di Adakan Pada 21/2/2010,Bertempat Di Masjid Jamek Bandar Kluang.
Menggabungkan Peserta-Peserta Dari 3 Zon.

Jajarkan ke TengahPeserta kursus haji sedang menunggu ceramah yang akan diberikan

Peserta wanita sedang mendengar ceramah yang disampaikan

Peserta sedang mendaftar kehadiran

Peserta sedang mendaftar kehadiran


Dan Pada 28/2/2010 Peserta Di Pecahkan kepada 3 tempat Oleh Pihak Tabung Haji.

Tempat-tempat berikut adalah
  1. Masjid Jamek Bandar Kluang.
  2. Masjid Jamek Taman Kasih.
  3. Masjid Jamek Al-Falah Simpang Renggam.
Bagi Masjid Jamek Bandar Kluang pendaftaran pada 28/3 / 2010 melibatkan Hampir 170 orang Peserta,Dan Peserta-peserta di jangka akan bertambah untuk minggu-minggu akan datang.
sebahagian daripada peserta kursus wanita

Pembimbing Kursus Haji sedang menyampaikan ceramah

Sebahagian peserta kursus lelaki

99 Cara Untuk Bahagia Dunia dan Akhirat

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi
kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan
orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh
kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu
kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang
melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang
haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa
kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu,
berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada
Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak
berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan
mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
dapat
dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap
segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan
waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan
keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang
tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak
berguna;
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa
dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah
mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah
kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan
membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman
dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci
kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam
menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah
mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh
keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada
kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari
kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman
orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang
sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan
sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat
untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula
kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan
sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak
berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang
sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri
kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan
fisikal dan mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;
91 . Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan
orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan
orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang
dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek
yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang
dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak
berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan
sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan,
godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan
kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan
melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan
melahirkan kerusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang;

Khamis, 25 Februari 2010

Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.



Ditulis Oleh : Ustaz Abufathi Urduni


"Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2.Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir




Kehidupan tanpa bosan hanya di Syurga


Firman Allah dalam surah al-Ankabut:64, “Dan tidaklah kehidupan dunia ini, melainkan hanya gurau senda dan permainan. Dan Sesungguhnya akhirat itu adalah kehidupan yang sesungguhnya, seandainya mereka mengetahui”.



Apa yang nyata kehidupan dunia disebut sebagai permainan dan gurau senda, sedang kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki. Mengapa?

Pertama, umur manusia di bumi sangat singkat dibandingkan masa yang mesti dijalani kelak di akhirat. Hingga orang kafir ketika ditanya mengenai kehidupan dunia, mereka berasa hanya sekejap saja, sehari atau kurang dari itu.

Kedua, sifat kehidupan di dunia hanyalah untuk mengumpulkan bekal, bukan untuk bersenang-senang.

Ketiga, nilai kenikmatan atau seksaan di dunia sangat kecil dibandingkan dengan nilai kenikmatan atau seksaan di akhirat. Bahkan kenikmatan dunia adalah kenikmatan terakhir yang akan dinikmati orang kafir, sedang bagi orang beriman, kenikmatan dunia tidak bererti dibandingkan kenikmatan abadi kelak di syurga.

Di dunia ini, manusia tidak boleh menemukan kenikmatan sempurna, sebab nikmat dunia itu sifatnya terbatas. Selain itu, manusia juga dihambat oleh halangan yang ada dalam diri mereka sendiri.

Halangan apakah itu? Ia halangan kebosanan. Di sebalik setiap kenikmatan selalu ada risiko kebosanan, kecuali ketenangan jiwa.

Lalu adakah harapan kehidupan yang bebas dari segala risiko kebosanan? Jawabnya tegas iaitu, ada! Lalu nikmat apa itu? Ia adalah kenikmatan syurga yang disediakan bagi orang beriman dan soleh. Di Syurga, manusia akan menjumpai kesempurnaan, tidak ada kelemahan, tidak ada rasa bosan.

Ini dalam dijelaskan dengan Surah Fatir:34-35, yang bermaksud”

“Dan mereka (para penghuni syurga Adn) berkata : Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan segala duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri . (Dia) yang dengan anugerah-Nya telah menempatkan kami di tempat yang kekal (syurga) di dalamnya kami tiada merasa letih, di dalamnya kami tiada pula merasa lesu.”

Manakala (Riwayat Muslim) bermaksud: Rasulullah saw bersabda,” Orang yang masuk syurga sentiasa kenikmatan, tanpa kesedihan, pakaiannya tidak pernah kusut, tetap muda (tidak berubah menjadi tua),”.

Rabu, 24 Februari 2010

Doa Isteri Solehah Buat Suami Tercinta.....



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku
perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran
yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan
fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat
keredhaanKau peliharalah lidahku dari kata-kata
nistaKau kuatkanlah semangatku menempuhi
segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama
insan


Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan
Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan
untuk terus bersamanya
Sekira nya suami ku ini adalah suami yg
akan membimbing tanganku dititianMu
Kurnia kanlah aku sifat kasih dan redha
atas segala perbuatannya
Seki ranya suami ku ini adalah bidadara
untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk
dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekir anya suami ku ini adalah yang
terbaik untukku di DuniaMu
Peliharal ah tingkah laku serta kata-
kataku dari menyakiti perasaannya
Sekir anya suami ku ini jodoh yang
dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi
segala kerenah dan ragamnya


Teta pi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan
bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik
untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekirany a suami ku tergoda dengan
keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus
membimbingn ya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap
nafsu yang melalaikan
Kurnia kanlah aku kekuatanMu untuk aku
memperbetulka n keadaanya
Sekiran ya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang
terbaik untukku au juga yang Maha
Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjurank u
Sekiranya aku tersilap berbuat
keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau
redhai
Sekiranya aku lalai dalam
tanggungjaw abku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan
diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanla h aku petunjuk kearah
rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahk an aku menghadapi segala
cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi
suamiBukakanlah hatiku untuk menghayati
agamaM u
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha


Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala
harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan
duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi
cabara nMu
Kerana pendek akal ku mengharungi
ujian Mu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang
dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


Selasa, 23 Februari 2010

RAHSIA WAKTU SOLAT


Rahsia Solat Awal Waktu

Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam
ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena
perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang
terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi
warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid
yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan
ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga
dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan
pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar
sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan
iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil
Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia
kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah
faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,
qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam
ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan'
syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana
hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita
bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih
dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat
cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichinya.

10 orang yang solatnya tidak diterima ALLAH S.W.T

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: “10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah / menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemungkaran Allah s.w.t dan jauh dari Allah s.w.t.”

Ahad, 21 Februari 2010

TAZKIRAH: "PESANAN BUAT WANITA"


Allah s.w.t. berfirman yang bermasud:"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman,supaya mereka menahan sebahagian penglihatan,memelihara kerhormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya(tubuhnya) selain dari yang nyata(mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari,seperti mukanya dan tapak tangan).Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher(tutub kepalanya sampai ke leher dan dadanya),dan tiada memperlihatkan perhiasannya(tubuhnya),kecuali kepada suaminya,bapanya,bapa suaminya,anak-anaknya,anak-anak suaminya.saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki,anak-anak saudara perempuannya,sesama perempuan Islam,hamba sahaya kepunyaannya,laki-laki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan(terhadap perempuan-umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan.Dan janganlah mereka pukulkan kakinya,supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi(misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak).Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t,Hai orang-orang yang beriman,supaya kamu beruntung.(surah An-Nur ayat 31)


Allah s.w.t. berfirman yang bermasksud:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk(taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani),setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.(surah Al-Hadid ayat 16)


Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing.Yang ada di pasar,yang ada di rumah,yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTU DULU.Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding sepaya tiada lelaki terpandang wajah mereka.Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu.Tetapi kini segala-galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasullullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama.Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita(Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini.KIta makin jauh dari aturan syariat,malah program dan tren fesyen ciptaan kafir Yahudi dan Nasrani yang kita ikut....fesyen yang haram dan jadi bedaya hidup.(baju lengan pendek bawah singkat,ketat dada sembul,jeans sendat tayang punggung..bertudung but still sexy coz nampak bentuk badannya yang montok...)


Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat,tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai.Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari- saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?


Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirman: "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.


Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah termaktub di dalam kalamNya.


Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN),sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu" Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

Jumaat, 19 Februari 2010

GAMBAR-GAMBAR PRASARANA YANG TERDAPAT DI MASJID JAMEK BANDAR KLUANG

Pandangan hadapan pintu masuk sebelah kiri
Pandangan sebelah kiri
Papan tanda Masjid
Pandangan sebelah kiri
Parkir kenderaan JabatanKedai sewa ( urutan refleksi)
Klinik Wakaf An-nur
Pusat Aktiviti Kanak-kanak Daerah Kluang ( Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Pandangan sebelah belakang
Pandangan sebelah belakang
Rumah musafir ( safar in)
Tempat masak
Stor
Pandangan sebelah kanan
Pintu sebelah kanan
Pejabat Pentadbiran Masjid Jamek Bandar Kluang
Pintu sebelah kanan
Bilik air lelaki
Bilik air dan tempat wuduk lelaki
Tempat wuduk lelaki
Bilik mandi
Bilik air dan tempat wuduk lelaki
Rak kasut sebelah kanan( lelaki)
Ruang solat serambi kanan
Mimbar
Ruang solat utama
Kubah sebelah dalam
Ruang solat wanita
Ruang solat sebelah belakang
Mimbar
Ruang belakang
Ruang belakang
Pintu masuk dewan seminar
Pintu masuk ruang solat wanita
Parkir kereta sebelah kanan
Parkir kereta sebelah kanan
Pandangan sebelah hadapan


Pandangan sebelah hadapan ( Pintu masuk dewan seminar)

Dewan seminar
Landskap sebelah hadapan