Ahlan Wa Sahlan

Jumlah Tetamu

Khamis, 11 Februari 2010

Sejarah ringkas Masjid Jamek Bandar Kluang

gambar asal masjid jamek bandar klaung

Masjid Jamek Bandar Kluang yang menjadi kebanggaan dan dimuliakan oleh umat Islam daerah Kluang dipergunakan sepenuhnya pada 28hb.mac 1941 bersamaan 29hbb. safar,1360 hijrah

2. Sebelum ini Masjid Jamek Bandar Kluang terletak di batu 1,jalan Mersing,Kluang kini lebih dikenali sebagai "SURAU INDIA MUSLIM"
dibuka pada tahun 1933,sebagaimana warta kerajaan Bil:28/33 bertarikh 16.8.33,pemberitahu 633,seluas 1E.2R,37-2,hakmilik EMR 251.

3. Tahun demi tahun pertambahan kepadatan penduduk Islam daerah Kluang juga kedudukan masjid yang sedia ada ditinjau dari sudut-sudut pembangunan,kemudahan-kemudahan harian (kawasan) masjid tidak dapat menampung bilangan jemaah,kiranya dibesarkan tidak sesuai,tanah bukit yang berhadapan jalan besar (Kluang-Mersing)

4. Atas kerjasama semua pihak tertentu antaranya Jabatan Agama Johor,Pejabat Tanah Daerah Kluang,serta kata sepakat yang diperolehi,maka kesulitan dapat diatasi dengan pembinaan MasjidJjamek Bandar Kluang ini yang dibina tahun 1940.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan